Behind My Hezel eyes

Friday, September 13, 2013

Orang Asia Genius



O.A.G merupakan singkatan bagi Old Automatic Garbage.tapi kini terma tersebut digelar oleh mereka sebagai "Orang Asia Genius". Debut "self tittled" ini diterbitkan oleh Positive Tone, sebuah label indie/underground yang ditubuhkan oleh Ahmad Izham Omar (kini orang kuat Media Prima Berhad & Monkey Bones Records). Album yang dirilis pada 1994 ini diterbitkan oleh Paul Moss (juri OIAM / ex-Aisyah & The Fanclub) mengandungi 11 buah lagu yang berkonsepkan alternative/brit rock.

Singles "60's TV" merupakan anthem bagi peminat/penggermar muzik underground ketika itu. Lagu dengan melodi & korus yang catchy sememangnya mengangkat nama O.A.G sebagai salah satu band "pioneer" dalam scene underground tahanair ketika itu. Album ini tidak hanya bergantung pada lagu "60's TV" semata-mata. Lagu-lagu seperti "Horible Adorable", "Yuppie" & "Old Tuxedo" juga mampu menghiburkan.

Lagu-lagu didalam album ini juga juga mudah dimainkan kerana menggunakan "kording" yang ringkas & berulang-ulang. Ianya mengimbas kembali pengalaman penulis sewaktu membawakan "Spastic Youth", "Not" & "Safety Pin" selepas waktu sekolah di master studio.p.buntar dahulu. Album yang menyuntik semangat penulis untuk bermain alat muzik, menubuhkan band &am. Sungguh pun membawa genre Alternative dengan disuntikan Brit Rock namun "sound" keseluruhan album ini lebih kepada "sound" album-album punk. Ianya agak "dry" & "raw".

Walau apapun album ini merupakan "landmark" bagi salah satu subgenre muzik underground tanahair. Album yang senantiasa diputar oleh penulis tanpa rasa jemu.