Behind My Hezel eyes

Sunday, March 2, 2014

XPDC



Awal penubuhan
XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!). XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang. Malangnya masalah dalaman dengan pihak Life Rekod (syarikat rakaman mereka) dan hasutan pihak luar telah menyebabkan studio dan pejabat tersebut di tutup. Kesan selepas itu ahli kumpulan kecewa dan keretakan mula nampak pada XPDC.
Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.
XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.
Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.


2006

Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.Pada jun 2006, Asyraf dari kumpulan (Whiterose)salah satu kumpulan dari Sarawak pernah menjadi vokalis sementara XPDC.Suara Asyraf yang di katakan seakan suara Mael pernah juga berusaha untuk mempertahankan XPDC dari lenyap di arena rock.Atas masalah peribadi,Asyraf( Whiterose) telah keluar dari XPDC pada Ogos 2006(memberi laluan kepada Mael).

2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan allahyarham JS Kevin.
Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).

2008

Pada tahun 2008 XPDC diuar-uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.

2009

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada dipasaran pada bulan November 2009. Antara lagu-lagu di dalam album terbaru...
  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila
Lagu dipetik dari 'Rock Union'...
  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus
Lagu bonus: Headbang (Remastered)...
  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)
BONUS VCD-REUNION
  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

Diskografi

Album Sudio



  1. Raja Kertas [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  2. Aku Dan Sesuatu [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  3. Pelesit Mata Sebelah [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  4. C.I.N.T.A. (Instrumental Mix) [Lagu: ZN Kevin]
  5. Gerak 2000 [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  6. Bukan Milik Aku [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  7. Abadikah Tragedi [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  8. Cermin Dunia [Lagu: Bad / Lirik: Wan Zul]
  9. Jangan Tak Mandi [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  10. C.I.N.T.A. [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Lee : Drums
Izo : Gitar
  • Timur Barat (1992)
  1. C.T. Cinta Kenangan Silam [Lagu: Zul Kevin / Lirik: JS Kevin]
  2. Hamba Abdi [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  3. Ikatan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC & Ayah Chu]
  4. Lagu Dari Aku [Lagu: Zul Kevin / Lirik: JS Kevin]
  5. Penyakit Gatal [Lagu: Mael XPDC & Hairee STRA-T.G / Lirik: Mael XPDC & Hairee STRA-T.G]
  6. Hairan Bin Ajaib [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC]
  7. Talam Dua Muka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  8. C.T. Cinta Kenangan Silam (Instrumental Mix) [Lagu: Zul Kevin]
  9. Cekal [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Mael XPDC & Ayang]
  10. Impian Seroja [Lagu: Zul Kevin / Lirik: JS Kevin]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
  • Kita Peng-Yu (1994)
  1. Bahalol [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  2. Nafisa [Lagu: JS Kevin / Lirik: Sabri Zainuddin Zainal]
  3. John Jenin [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  4. Kita Peng-Yu [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  5. Kabus Semalam [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  6. Selendang Merdeka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  7. Hijau Bumi Tuhan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  8. Ntahapahapatah [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  9. Titian Perjalanan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  10. Sentuhan XPDC (Instrumental) [Lagu: Izo XPDC]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
  • Brutal (1997)
  1. Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  2. Hentian Ini [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  3. Hidup Bersama [Lagu: Salamah Basiron / Lirik: Salamah Basiron]
  4. Tinggalkan Semalam [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  5. Aku Tak Kan Bising [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  6. Senapang Patah [Lagu: Peter Chong / Lirik: JS Kevin]
  7. Cempedak Jadi Nangka [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  8. Aku Masih Di Sini [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  9. Semangat Yang Hilang [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  10. Apa Nak Di Kata [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
  • Samurai (1998)
  1. Bagaikan Samurai
  2. Ulat & Kulat
  3. Teman
  4. Kenapa Apakah
  5. O-Key
  6. King El-mondouqe
  7. Dunia Empat Segi
  8. Tanggis Darah
  9. Paiseh
  10. Semangat Perjuangan Harmoni
Ali : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
Lola : Drums (Jemputan)
  • V6 (2002)
  1. Berdesup Cahaya
  2. Kaca
  3. Sakinah
  4. Monggol Dah Pulang
  5. Hujan Air Mata (Simpati Bumi Palestin)
  6. Anti Perang
  7. Selamat
  8. Haprak
  9. Aku Datang Sekejap Lagi
  10. Hilang Satu Skrew
Ali : Vocal
Yan : Bass
Lola : Drums
Izo : Gitar
  1. Aku Yang Hilang (Lagu:Izo XPDC / Lirik: Azman)
  2. Apa Lagi Nak Dikenang (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Ozi)
  3. Sanasinisamasaja (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC)
  4. Aku Tetap Aku (Lagu: Brutal / Lirik: Azam Dungun)
  5. Ntahye Ntahtidak (Lagu: Brutal / Lirik: Ozi)
  6. Rasipariso (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun)
  7. Rasa (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Ozi)
  8. Pusing Cinta (Lagu: Brutal / Lirik: Sani Sudin)
  9. Sampai Bila (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Ozi)
  10. Curahan Rasa (Lagu: J.S. Kevin / Lirik: J.S.Kevin)
  11. Menentang Arus (Lagu: J.S. Kevin / Lirik: J.S.Kevin)
  12. Raja Kertas [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  13. Talam Dua Muka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  14. Bahalol [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  15. Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar

Album Kompilasi

  • Unplugged XPDC & Rakan-Rakan (1995)
  1. Hairan Bin Ajaib
  2. Impian Seroja
  3. Kemilau Cinta (Azmani)
  4. Akukah Yang Bersalah (Candy)
  5. Anak Dunia (Ruhil)
  6. C.T. Cinta Kenangan Silam
  7. Michelle (Kris)
  8. Pijar (Azmani)
  9. Aku Hanya Seranggai (Bumiputra Rockers)
  10. Bukan Milik Aku
  • Rock Ballad (1995)
  1. Titian Perjalanan
  2. C.T. Cinta Kenangan Silam
  3. Aku Dan Sesuatu
  4. Bukan Milik Aku
  5. Impian Seroja
  6. Abadikah Tragedi
  7. Lagu Dari Aku
  8. Kabus Semalam
  9. Nafisa
  10. C.I.N.T.A.
  • Seleksi Headbang (1995)
  1. Kita Peng-Yu
  2. Hamba Abdi
  3. Selendang Merdeka
  4. Jangan Tak Mandi
  5. Bahalol
  6. Talam Dua Muka
  7. Penyakit Gatal
  8. Ntahapahapantah
  9. Hariran Bin Ajaib
  10. Gerak 2000
  • Metal 60'an (1997)
  1. Hidup Bersama (Mael)
  2. Rock N Roll (Ali)
  3. Suzanna (Ary)
  4. Oh Teruna (Adeq)
  5. Suratku Untukmu (Jatt)
  6. Malam Pasaria (Ary)
  7. Bibir Mesra Jiwa Parah (Jatt)
  8. Malang Selalu (Adeq)
  9. La Obe (Jatt)
  10. Lagu Tiga Kupang (Ali)
  • Metal 50'60'an (1998)
  1. Alah Emak Kahwinkan Aku (Ali)
  2. Ikan Todak (Jatt)
  3. Bunyi Gitar (Ary)
  4. Syurga Idaman (Fazilah)
  5. Kekasih Berduka (Ary)
  6. Kenanganku (Jatt)
  7. Darah Muda (Dila)
  8. Selamat Pengantin Baru (Ari)
  9. Baju Kebaya (Ali)
  10. Pontianak (Ary)
  • Real N Reality (2000)
  1. Sedekah (Mael) - Lagu Baru
  2. Nyanyuk (Ali) - Lagu Baru
  3. Penyakit Gatal (Mael)
  4. Kenapa Apakah (Ali)
  5. Hidup Bersama (Versi Baru) (Mael)
  6. Alah Emak Kahwinkan Aku (Ali)
  7. Hamba Abdi (Mael)
  8. Bagaikan Samurai (Ali)
  9. Jangan Tak Mandi (Mael)
  10. Rock & Roll (Ali)
  11. Hairan Bin Ajaib (Akustik) (Mael)
  12. Teman (Ali)
  • Un'metal (2000)
  1. Langsung Tak Faham (Lagu Baru)
  2. Teman
  3. Kenapa Apakah
  4. Semangat Perjuangan Harmoni
  5. C.I.N.T.A.
  6. Titian Perjalanan
  7. Hidup Bersama
  8. Semangat Yang Hilang
  9. Apa Nak Dikata
  10. Masih Ada Semangat (Lagu Baru)
  • Un'metal II (2003)
  1. Sakinah
  2. Kaca
  3. Hijau Bumi Tuhan
  4. Hentian Ini
  5. Senapang Patah
  6. Hujan Airmata
  7. Monggol Dah Pulang
  8. Aku Masih Disini
  9. Bahalol
  10. Berakit Ke Langit
  • Mdley Rugged (2005)
  1. Bahalol - Talam Dua Muka - Tak Nak Jadi Soh Chai - Kita Peng Yu
  2. Impian Seroja - Hentian Ini - Titian Perjalanan
  3. Cekal - Hijau Bumi Tuhan - Bukan Milik Aku
  4. Ntahapahapantah - Raja Kertas - Monggol Dah Pulang
  5. Haprak - Nyanyuk - Berdesup Cahaya - Ulat & Kulat
  6. Pelesit Mata Sebelah, John Jenin, Hidup Bersama
  7. Aku Masih Disini - Nafisa - Teman
  8. King El Mondouqe - Hairan Bin Ajaib - Senapang Patah
  9. Selendang Merdeka - Apa Nak Di Kata
  10. Sakinah - Semangat Yang Hilang
  • Rock Union (2008)
Disc 1
  1. Curahan Rasa (Lagu Baru)
  2. Teman
  3. Selendang Merdeka
  4. Genggam Api
  5. Sedekah
  6. Impian Seroja
  7. Pelesit Mata Sebelah
  8. C.I.N.T.A.
  9. Sebalik Senyuman
  10. Sudah Sampai Sini
Disc 2
  1. Menentang Arus (Lagu Baru)
  2. Kita Peng-Yu
  3. Misteri Mimpi Syakilla
  4. C.T. Cinta Kenangan Silam
  5. Semangat Yang Hilang
  6. Segar Dalam Ingatan
  7. Bahalol
  8. Titian Perjalanan
  9. Hairan Bin Ajaib
  10. Lain Hidup

Album Live

Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara (1998)
  • Disc 1
  1. Talam Dua Muka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  2. Ntahapahapantah [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  3. Bahalol [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  4. Hairan Bin Ajaib [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC]
  5. Senapang Patang [Lagu: Peter Chong / Lirik: JS Kevin]
  6. Bibir Mesra Jiwa Parah [Lagu: Salamah Basiron / Lirik: Salamah Basiron]
  7. Selendang Merdeka [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  8. Lagu Tiga Kupang [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  9. Kita Peng-Yu [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  10. Drum Solo
  • Disc 2
  1. Suratku Untukmu [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  2. Ikan Todak [Lagu: Rukimin Judi / Lirik: Joerem]
  3. Baju Kebaya [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  5. Semangat Yang Hilang [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  6. Hidup Bersama [Lagu: Salamah Basiron / Lirik: Salamah Basiron]
  7. Master Of Puppet [Lagu: James Hetfield / Lirik: Lars Ulrich, Kirt Harmelt & Cliff Burton]
  8. Seek And Destroyed [Lagu: James Hetfield / Lirik: Lars Ulrich]
  9. Alah Emak Kahwinkan Aku [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  10. Apa Nak Dikata [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
Ali - Vocal
Izo - Gitar
Zuar - Bass
Lola - Drums (Jemputan)

Ahli Kumpulan XPDC

Mael - Vocal (1989 - 1997 , 2006 - Sekarang)
Izo - Gitar (1989 - Sekarang)
Zuar - Bass (1989 - 2001 , 2006 - Sekarang)
Amy - Drums (1991 - 1999 , 2006 - Sekarang)

Bekas Ahli XPDC:
Lee Space - Drums (1989 - 1991)
Ali - Vocal (1997 - 2006)
Lola - Drums (1999 - 2004)
Yan - Bass (2001 - 2006)
Pae - Drums (2004 - 2006)

Friday, November 1, 2013

Metallica Live in Malaysia 2013

Asalammualaikum hamba Allah sekalian.agak lewat juga bagi penulis untuk mereview  kisah lagenda yg hadir di malaysia.faktor kejaya yg kian menghimpit waktu agak sukar bg penulis.
Akhirnya....setelah lama menanti apa yg dinanti oleh para metalhead di bumi malaysia ini tercapai juga walaupun ada ura2 konsert ini bakal dibatalkan ekoran karenah oleh segelintir parti politik yg membantah kehadiran mereka di sini



Penantian selama 31 tahun bg metalhead akhirnya berbaloi.biarpun lama menunggu.tp impian melihat secara langsung tidak mampu dilepaskan.melihat aksi,gelagat serta aksi2 spontan james yg kadang kala melucukan.biarpun usia mereka sudah mencecah 50 tahun.tp semangat.pembawaan.petikan gitar.kotak suara.ketukan drum sikit pun tidak nampak yg mereka sebenarnya sudah berusia.inilah yg dikatakan lejen!






 Ternyata sangkaan penulis 80% tepat dgn lagu2 yg dimainkan.memang berbaloi menikmati alunan muzik dari mereka.Sebenarnya tiada apa yg nak dikondem tentang konset ini.dari segi pencahayaan lampu.sound system.memang sangat memuaskan.cuma sedikit penulis agak terkialn.(maybe ramai jgk yg komplain tentang ni)penganjur sebenarnya tidak bersikap pro dari segi tempat duduk.apa-apa pun.kehadiran  mereka sudah cukup mengubat kerinduan yg bersarang.mimpi yg dijelmakan.fantasi yg selama ini bermain2 di kotak fikiran bila mendegar lagu2 dari mereka telah menjadi kenyataan.akhir kata.... "Fuel is pumping engines" !!!!




Friday, September 13, 2013

Orang Asia Genius



O.A.G merupakan singkatan bagi Old Automatic Garbage.tapi kini terma tersebut digelar oleh mereka sebagai "Orang Asia Genius". Debut "self tittled" ini diterbitkan oleh Positive Tone, sebuah label indie/underground yang ditubuhkan oleh Ahmad Izham Omar (kini orang kuat Media Prima Berhad & Monkey Bones Records). Album yang dirilis pada 1994 ini diterbitkan oleh Paul Moss (juri OIAM / ex-Aisyah & The Fanclub) mengandungi 11 buah lagu yang berkonsepkan alternative/brit rock.

Singles "60's TV" merupakan anthem bagi peminat/penggermar muzik underground ketika itu. Lagu dengan melodi & korus yang catchy sememangnya mengangkat nama O.A.G sebagai salah satu band "pioneer" dalam scene underground tahanair ketika itu. Album ini tidak hanya bergantung pada lagu "60's TV" semata-mata. Lagu-lagu seperti "Horible Adorable", "Yuppie" & "Old Tuxedo" juga mampu menghiburkan.

Lagu-lagu didalam album ini juga juga mudah dimainkan kerana menggunakan "kording" yang ringkas & berulang-ulang. Ianya mengimbas kembali pengalaman penulis sewaktu membawakan "Spastic Youth", "Not" & "Safety Pin" selepas waktu sekolah di master studio.p.buntar dahulu. Album yang menyuntik semangat penulis untuk bermain alat muzik, menubuhkan band &am. Sungguh pun membawa genre Alternative dengan disuntikan Brit Rock namun "sound" keseluruhan album ini lebih kepada "sound" album-album punk. Ianya agak "dry" & "raw".

Walau apapun album ini merupakan "landmark" bagi salah satu subgenre muzik underground tanahair. Album yang senantiasa diputar oleh penulis tanpa rasa jemu. 



Wednesday, December 28, 2011

Rangkuman 2011

 Bismillahhirrahmanirrahim..salam buat hamba allah di muka bumi sekalian.. 
tatkala penulis ingin memulis entri kali ini.penulis sedang berada dalam keadaan kurang sihat sebenarnya..uhuk2.. 
o.k lah.sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2011.banyak kisah2..sejarah..rekod2 dunia mahupun malaysia sendiri telah terukir dalam lipatan tahun 2011 ini. 
  Kita masih ingat lagi kan TSUNAMI yg melanda negara jepun yg diakibatkan oleh gempabumi berukuran 8 skala ricter yg membadai utara jepun.byak nyama & harta benda yg musnah.itu kisah di  jepun.peperangan  demi perangan yg didaftarkan atas tiket membasmi pengganas terus berleluasa di bawah kolenel polis dunia amerika. 
  2011 juga menyaksikan kebangkitan revolusi di negara2 asia barat yg menyaksikan pemerintah mereka berjaya digulingkan.antaranya mesir.libya dan...ini semua dilakukan secara halus oleh jarum yg halus ataupun media sosial sahaja.fuh! dasyat...jd kita sebagai sebuah negara yg merdeka haruslah mempertahankan maruah kita serta kemerdekaan yg kita miliki ini dari dipengaruhi anasi2 busuk dfari luar mahupun dalaman.  
  Bagi diri penulis sendiri.2011 juga banyak kisah sukaduka yg dilalui.biasalahkan..nama pon hidup..dunia2... 
so,apa yg penting ialah cara kita menanganinya serta mengatasinya.lakukan dgn kewarasan fikiran kita.umur kita pon semakin menginjak ke usia yg lebih mematangkan kita.mati jua semakin mendekati kita.so..renung2 kan lah..jadi sebagai mengakhiri entri yg terakhir bagi tahun 2011 ini.penulis ingin mengucapkan selamat menyambut 2012 yg bakal tiba..2012 dunia berakhir..tp tidak bg penyelesaian masalah kelemumur saya..haha..adios..chaw cin chi..salam...

Sunday, December 18, 2011

Green day (antara lagu,kisah & sejarah)

  Salam.entri yg sgt suka bg pendekar untuk membuat artikel tentang band yg menjadi pojaan hati ini.
kalau hendak dihitung dan diceritakan semua tentang green day pastinya agak panjang.
Dan pastinya ramai yg tahu tentang band ini.bg pendekar sendiri.tidak dapat tidak.Greenday adalah pengaruh besar dalam minat pendekar tentang muzik.malah lagu "bascet case" adalah lagu pencetus bg pendekar untuk memetik serta belajar bermain gitar.
  Grennday adalah sebuah band punk rock yg ditubuhkan di barkeley,carlifonia pada 1987.Band trio ini dianggotai oleh Bille joe amstrong(vocalis/gitar) mike dirnt(bassist) dah tre cool(drummer).
Bermula dgn nama sweet childrens.bermain gig di 924 Gilmant street.sebuah club punk underground yg dikenali dgn operasinya secara DIY.tetapi kemudian menukar nama kpd greenday setelah terdapat sebuah band yg seakan2 nama band mereka.iaitu sweet baby.
  Nama Green day tiada kena mengena dgn kempen bumi hijau ataupun kempen "sayangilah alam sekitar kita".ia sebenarnya diambil dr pengalaman "marijuana" bille joe & mike dirnt ketika mereka menonton rancangan siri kanak2 popular "sesame street".Mereka yg "stoned" pd ketika itu melihat ernie.watak dlm cerita itu yg menyebut "Green Day". dan mereka merasakan ianya kelakar.maka keraplah ia menjadi bahan lawak mereka. 
  Mula femes dgn single when i come around & bascet case yg menjadi siulan pd era itu memecah tembok besar arus perdana dgn lagu2 yg bersifat punk.album pertama mereka "dookies"terjual sebanyak  10 juta unit.menambahkan lg jurnal muzik meraka ialah ketika persembahan di woodstock atau lebih dikenali dgn nama muudstock yg mencetuskan huru har yg ditonton oleh jutaan manusia di saluran tv berbayar pd ketika itu. 
  memetik kata2 bille joe ketika ditemuramah di majalah spin.  
  
I couldn't go back to the punk scene, whether we were the biggest success in the world or the biggest failure … The only thing I could do was get on my bike and go forward

ini disebabkan mereka digelar "sellout " bg puris punk.bg Green day.mereka ada lasan meraka sendiri

Pada musim panas 2003, Green Day kembali ke studio utnuk menulis dan merekam material untuk album baru yang  berjudul Cigarettes and Valentines.[25] Setelah merakam 20 lagu, master rekaman mereka dicuri dari studio oleh orang yg tidak dikenali.mereka diberi pilihan untuk merakam kembali.tetapi memilih utk membuat lagu2 baru kerana bg mereka.lagu2 dr album tersebut x menggambarkan apa yg mereka mahukan.
Tre Cool (kiri bawah) dan Mike Dirnt (kanan)tampil pada 27 Juli 2005.
Sementara itu Green Day sembapt berkolaborasi dengan Iggy Pop dalam dua lagu untuk albumnya, Skull Ring, pada November 2003. Pada 1 Februari 2004, lagu cover dari "I Fought the Law" dirilis sebagai singel dan memulai debut komersial untuk iTunes selama NFL Super Bowl XXXVIII.
Pada September 2004, Green Day merilis album ketujuh mereka, American Idiot, yang langsung berjaya menduduki #1 di chart Billboard, dibantu dgn kejayaan dari singel pertama album, "American Idiot". Album ini merupakan album konsep berkomposisi punk rock opera" dengan kisah tokoh fiksi "Jesus of Suburbia".[27] American Idiot memenangkan Grammy Awards tahun 2005 untuk kategori Best Rock Album dan juga nyaris menyapu bersih MTV Music Awards tahun 2005 dengan memenangi tujuh dari lapan penghargaan yang dinominasikan untuk mereka, termasuk Viewer's Choice Award.[28] 
  mereka muncul gn album 21st century breakdown pd 2009 dan mengeluarkan album tour mereka "awesome as fuck. bg pendekar.greenday pasti menjadi lagenda 1 hari nant. adois!


Thursday, September 22, 2011



SUDAH 15 tahun Cromok tidak merakamkan album baru. Anggota-anggota kumpulan thrash metalyang ditubuhkan di Sydney, Australia pada 1987 ini juga ramai yang menyepi begitu sahaja.
Namun, berlainan dengan gitaris Cromok, Karl yang meskipun sibuk dengan tugasan sehariannya sebagai Pengarah Pengiklanan di sebuah syarikat swasta, tetapi muzik sukar dilupakan.
Berbekalkan minat mendalam terhadap muzik, walaupun tanpa tiga anggota Cromok lain, gitaris berusia 45 tahun itu tampil menerusi album solo petikan gitarnya yang pertama berjudul Shred It Back, baru-baru ini.
Beliau yang kuat dengan pengaruh gotaris rocks seperti Yngwie Malmsteen, Rhandy Rhodes dan Joe Satriani mengambil masa yang agak lama bagi menerbitkan Shred It Back biarpun tanpa anggota-anggota Cromok yang lain.
Ujar Karl segala-galanya bermula pada konsert Search di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang ditontonnya dua tahun lalu.
"Saya hadir menonton konsert itu. Seorang rakan baik Amy Search iaitu Ridwan memberi pendapat mengapa saya tidak berkerjasama dengan Amy. Selepas dua tahun barulah idea itu direalisasikan. Lagu Petanda itu asalnya dimuatkan dalam album single saya pada September 2010," ujar Karl.
Album terbitan Karl atau pemegang nama sebenar Khairul Anuar Shariff itu bukan setakat dijual di pasaran terbuka tetapi ia juga mendapat sambutan menggalakkan menerusi laman sosial Facebooknya di internet.
Pengikut
Shred It Back yang diedarkan sejak Februari lalu itu mula dijual di laman sosial Facebook Karl yang kini mempunyai pengikut sekitar 5,000 orang. Selain album Shred It Back turut disertakan ialah DVD rakaman persembahannya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun lalu.
Pakej album dan DVD rakaman persembahan itu dijual dengan harga RM55. DVD yang mempunyai lapan lagu itu dirakamkan secara live julung-julung kalinya pada persembahan bapa kepada dua anak ini.
Biarpun berteraskan muzik rock dengan petikan gitar dan solo yang adakalanya membingitkan tetapi kebanyakan lagu dalam album ini menampilkan melodi yang kuat.
Dengan adanya hampir 5,000 peminat di Facebook Karl berharap Shred It Back bukan sahaja mendapat sambutan daripada mereka. Malah, album yang juga akan diedarkan menerusi Rock Corner itu juga diharap menembusi pasaran arus perdana.
Sambil menyifatkan album ini mempunyai kekuatan lagu-lagu dan melodinya yang tersendiri terutama lagu berkonsepkan slow rockPetanda nyanyian Amy Search ia mampu menyerlahkan kredibiliti Karl sebagai salah seorang antara gitaris tempatan yang memang disegani ramai.
Lagu-lagu seperti Shred It Back, Magnificent dan Expression In K Minor mampu mengubat rindu para peminat Karl daripada album itu.
Karl itu turut menampilkan empat lagi lagu instrumental dalam versi extended solo guitar bagi memberi peluang para peminat memetik gitar mengikut alunan lagu-lagu tersebut.
"Banyak variasi yang dimuatkan dalam album ini. Bonus track sebanyak empat lagu itu bolehlah dianggap seperti karaoke gitar," katanya.
Ditanya mengapa dia menggunakan nama Cromok, Karl berkata, perkara itu sukar dielakkan kerana para peminat mengenalinya sebagai gitaris kumpulan itu.
Malah, katanya pendekatan itu suatu perkara biasa kerana ia biasa digunakan oleh gitaris atau anggota-anggota kumpulan lain sama ada di Malaysia atau luar negara.
"Gabungan nama saya dan Cromok lebih sinonim bagi memudahkan para peminat mengenali saya. Ramai gitaris seperti Sham menggabungkan namanya dengan Kamikaze kerana dia bekas anggota kumpulan itu. Begitu juga dengan Shah Slam," jelasnya.
Kombinasi lagu, instrumental dan karaoke gitar dalam album itu diterbitkan khusus untuk para peminat yang menggemari petikan gitar.
Karl menggunakan khidmat anggota-anggota kumpualn Nrocinu seperti Shah Sidious selaku gitaris, Zali Dethstroke (dram) dan Hafiz Fedora (bassis) bagi menyempurnakan pembikinan albumnya itu.
Pada masa sama beliau salah seorang pemuzik yang ditaja oleh jenama gitar Haseesa dan TN Drums dari Korea yang turut dijual di negara ini.
Para peminat yang ingin mendapatkan album Shred It Back bolehlah melayari laman sesawang Karl menerusi www.karlcromok.com.

Wednesday, September 14, 2011

PINK FLOYD THE WALL

When a bureau chief resist intimidation

Tajuk di atas telah diambil dari laman blog another brick in the wall . Nama laman blog kalau diikutkan ia menggambarkan individu zaman rock opera yang popular pada tahun 70an dan awal 80an. Ia juga nama lagu yang telah dipopularkan oleh kumpulan Pink Floyd's sekitar 1979.
Pink Floyd
Ok, lupakan tentang nama tersebut, sekarang kita masuk keisinya.

Memang PB amat bersetuju dengan artikel beliau dengan tajuk tersebut. Orang akhbar mempunyai agenda sendiri dan mempunyai kuasa untuk melakukannya. Mereka juga boleh menterbalikkan sesuatu organisasi melalui penulisan, pengaruh dan tindakan mereka.

Zaman berubah, kini dunia penulisan bukan lagi milik akhbar, pengamal media telah berkembang ke dunia maya. setiap orang boleh menulis, berkarya dan menggunakan kuasa masing-masing.

Dato Zaini Hassan dari Utusan pernah menyuarakan dalam perjumpaannya dengan pengamal media cyber bahawa blogggers kini berkuasa dan mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan jika berpaling tadah.

Kini dunia maya pun bertambah hebat, ada organisasi bersar dan mempunyai ramai kakitangan yang sentiasa mengejar berita. Antara yang popular ialah Malaysiakini, Malaysian Insider, Agendadaily, MyKMU, Malaysia Today. Harakah D liar, terbaru ditemui ialah kritis online dan banyk lagi.

Sudah tentu setiap organisasi ini mempunyai struktur pentadbirannya. ada orang kuat dan berkuasa. Okaylah cakap banyak pun tak guna, semua dan boleh faham jom melawat blog tersebut.


PINK FLOYD THE WALL

When a bureau chief resist intimidation

Tajuk di atas telah diambil dari laman blog another brick in the wall . Nama laman blog kalau diikutkan ia menggambarkan individu zaman rock opera yang popular pada tahun 70an dan awal 80an. Ia juga nama lagu yang telah dipopularkan oleh kumpulan Pink Floyd's sekitar 1979.
Pink Floyd
Ok, lupakan tentang nama tersebut, sekarang kita masuk keisinya.

Memang TM amat bersetuju dengan artikel beliau dengan tajuk tersebut. Orang akhbar mempunyai agenda sendiri dan mempunyai kuasa untuk melakukannya. Mereka juga boleh menterbalikkan sesuatu organisasi melalui penulisan, pengaruh dan tindakan mereka.

Zaman berubah, kini dunia penulisan bukan lagi milik akhbar, pengamal media telah berkembang ke dunia maya. setiap orang boleh menulis, berkarya dan menggunakan kuasa masing-masing.

Dato Zaini Hassan dari Utusan pernah menyuarakan dalam perjumpaannya dengan pengamal media cyber bahawa blogggers kini berkuasa dan mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan jika berpaling tadah.

Kini dunia maya pun bertambah hebat, ada organisasi bersar dan mempunyai ramai kakitangan yang sentiasa mengejar berita. Antara yang popular ialah Malaysiakini, Malaysian Insider, Agendadaily, MyKMU, Malaysia Today. Harakah D liar, terbaru ditemui ialah kritis online dan banyk lagi.

Sudah tentu setiap organisasi ini mempunyai struktur pentadbirannya. ada orang kuat dan berkuasa. Okaylah cakap banyak pun tak guna, semua dan boleh faham jom melawat blog tersebut.

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/09/when-bureau-chief-resist-intimidation.html